Wednesday, December 30, 2009

MAHASISWA LESU..! UBATNYA: pengucapan awam perlu dimantapkn!

Sudut pidato diwujudkan semula di universiti bg menggalakkn pengucapan awam(utusan 31 dec 09)
ana sngt menyokong usaha kerajaan untk mewujudkn semula sudut pidato memandangkan hak brsuara kita sbgai mahasiswa diambil dsbbkn AUKU..
tp, tp, tp, kenapa hujung tahun 2009 baru mula dipinda?
aduhai kerajaan...
mgkin e2lah sbbnya negara kita x brapa maju, pelajarnya LESU..!!!

KUALA LUMPUR 30 Dis. – Institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) dibenarkan mewujudkan semula sudut pidato khas bagi meningkatkan kemahiran pengucapan awam di kalangan mahasiswa.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, langkah itu bagi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan berhujah serta meningkatkan bakat pengucapan awam.
Katanya, kemahiran berucap perlu dikuasai oleh mahasiswa dan tidak terhad kepada kumpulan pelajar tertentu sahaja seperti pemidato universiti.
“Kebenaran itu akan menghidupkan budaya keilmuan dan intelektual di universiti selain melahirkan mahasiswa cemerlang bukan sahaja dari segi akademik semata-mata.
“Bagaimanapun, sudut pidato berkenaan perlu dilakukan secara beretika, berhemah dengan persetujuan daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti masing-masing, kita yakin ia tidak akan menimbulkan implikasi negatif,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Pertandingan Pidato Kemerdekaan antara IPT 2009 di sini hari ini.
Sudut pidato yang diharamkan berikutan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1975 sejak 34 tahun lalu dibenarkan semula di semua IPT dan IPTS selepas pindaan mengenainya diwartakan pada Februari tahun lalu.
Menurut Saifuddin, pindaan AUKU 1975 itu memberi lebih kebebasan bersuara kepada mahasiswa.
Jelasnya, mahasiswa dapat menggunakan platform tersebut untuk berhujah dan berbincang mengenai isu semasa secara lebih meluas termasuk melibatkan isu-isu politik tanah air.
“Kita berharap ia dapat meningkatkan kualiti lapan teras kokurikulum di universiti.
“Teras kokurikulum di universiti ada lapan, satu daripadanya adalah pengucapan
lanjutan dr berita yg lepas.........
TEMERLOH 24 Dis. – Kerajaan akan memperkasakan aktiviti kokurikulum di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta untuk melahirkan modal insan berkualiti.
kata Saifuddin, Kementerian Pengajian Tinggi bersedia menyemak semula peratus kokurikulum pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke IPT awam atau swasta.
‘‘Kita harap melalui peningkatan peratusan aktiviti kokurikulum, graduan berkualiti dapat dilahirkan bagi memenuhi keperluan majikan dalam semua sektor pekerjaan mengikut kelulusan masing-masing.
‘‘Kita akan berpandukan pada dua matlamat iaitu teras kokurikulum dan kemahiran insaniah,” jelasnya.
Bagi teras kokurikulum, katanya, terdapat lapan aktiviti asas yang ditekankan iaitu kebudayaan, sukan, kesungguhan, keusahawanan, inovasi, sukarelawan, kepimpinan, khidmat komuniti dan pengucapan awam.
‘‘Kemahiran insaniah pula bagi meningkatkan kemampuan dan kebolehan graduan untuk komunikasi, berfikir secara kritis, bekerja secara berpasukan, moral dan etika,'' katanya.

No comments:

Post a Comment

YA ALLAH..jadikanlah aku golongan syabab li inqaz al ummah..!! ameen.. (pemuda yang berperanan untuk mengangkat darjat ummah)