Thursday, October 22, 2009

ke arah marDhOtillah

Kegemilangan tamadun islam adalah kerana masyarakat pada zaman itu mempunyai akidah yang mantap.

Maksud aqidah dari segi bahasa ialah ikatan yang berasal daripada perkataan arab iaitu ‘a-qa-da. Ikatan yang dimaksudkan ialah sesuatu yang mengikat jiwa manusia. Pengertian Aqidah secara syara’ pula mengikut pendapat Al-Imam Hasan al-Banna, aqidah adalah persoalan yang harus dibenarkan dalam hati dan membuat jiwa tenang, dan menjadi kepercayaan yang bersih, tidak bercampur dengan keraguan atau kebimbangan. Justeru itu, bagi Umat Islam, hal yang harus diyakini sepenuh hati adalah rukum iman. Maka, sesetengah ulama mendefinisikan aqidah secara syara’ dengan, “beriman kepada Allah, para Malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para Rasul-Nya, hari akhirat, serta beriman kepada qodo’ dan qadar”.
Sejarah telah membuktikan bahawa umat islam terdahulu mencapai kegemilangan dan kejayaan adalah disebabkan akidah mereka yang mantap. Bermula dengan akidah yang mantap inilah, seterusnya mengembangkan kejayaan islam di dalam bidang-bidang yang lain. Nabi Muhammad SAW telah berusaha untuk membentuk keperibadian manusia dengan dengan menekankan aspek akidah. Baginda menyeru seluruh manusia agar mengakui keesaan Allah S.W.T. dan mengakui bahawasanya Allah sahaja yang paling berkuasa dan tiada sesiapapun lagi yang dapat menandingiNya.
Nabi Muhammad S.A.W telah dengan sendirinya melakukan suatu gerakan yang bertujuan untuk membebaskan pemikiran manusia dari belenggu jahiliah yang menyesatkan. Mereka diajar agar supaya bebas daripada perasaan takut, kerana mereka tidak akan merasa takut kepada apa sekalipun, melainkan hanya kepada Allah sahaja. Manusia yang dijadikan Allah dengan pelbagai keistimewaan hendaklah mengetahui dan mengakui dengan sebenar-benarnya bahawa Allah S.W.T yang menjadikan mereka. Oleh yang demikian, Islam telah membanteras segala pemikiran dan kepercayaan karut yang menyeleweng daripada akidah Islam ynag sebenar, di mana menyempitkan pemikiran manusia. Dalam sejarah hidup Nabi Muhammad S.A.W, kita telah melihat bahawa nabi bersungguh-sungguh selama lebih kurang 13 tahun di Mekah dalam memantapkan akidah para sahabat, keluarga baginda dan umat Islam di Kota Mekah.
Akidah yang mantap dapat melahirkan umat Islam yang gemilang daripada segala aspek kehidupan. Hal ini adalah kerana ajaran-ajaran Islam adalah bersifat praktis. Apabila umat islam mengakui dan beriman dengan sebenar-benar Iman kepada Allah S.W.T. serta mengakui kebebasan dan kekuasaanNya, maka umat Islam diajar pula beribadat dengan menyembahNya, dan menurut segala perintah dan menjauhi laranganNya. Apabila semua perkara yang diperintahkan oleh Allah dipatuhi, maka akan lahirlah satu umat yang berjaya, maju dalam segenap aspek kehidupan.
Setelah iman dan keyakinan kepada Allah telah betul-betul mantap, maka umat Islam diseru pula supaya mengukuhkan kedudukan dan menguasai bidang-bidang politik, sosial, ekonomi dan ketenteraan, untuk menjadikan mereka sebagai umat yang disanjung tinggi dan digeruni oleh barat. Nabi Muhammad juga telah memberikan beberapa garis kasar dan prinsip-prinsip yang mustahak bagi panduan umat Islam. Walau bagaimanapun, ianya boleh difikirkan oleh manusia untuk menyesuaikan keadaan mereka dengan ajaran Islam; kerana urusan kehidupan dunia , Nabi Muhammad pernah mengatakan bahawa mereka yang lebih faham tentang urusan dunia.
Sejarah perjuangan umat Islam dalam pentas peradaban dunia berlangsung sangat lama sekira 13 abad, iaitu sejak masa kepemimpinan Rasulullah Saw di Madinah (622-632M); Masa Daulat Khulafa Rasyidin (632-661M); Masa Daulat Umayyah (661-750M) dan Masa Daulat Abbasiyah (750-1258 M) sampai tumbangnya Kekhilafahan Turki Utsmani pada tanggal 28 Rajab tahun 1342 H, dimana masa-masa kejayaan dan puncak keemasannya banyak melahirkan banyak ilmuwan muslim berkaliber internasional yang telah menorehkan karya-karya luar biasa dan bermanfaat bagi umat manusia yang terjadi selama kurang lebih 700 tahun, dimulai dari abad 6 M sampai dengan abad 12 M. Pada masa tersebut, kendali peradaban dunia berada pada tangan umat Islam. Pada saat berjayanya peradaban Islam semangat pencarian ilmu sangat kental dalam kehidupan sehari-hari. Semangat pencarian ilmu yang berkembang menjadi tradisi intelektual secara historis dimulai dari pemahaman (tafaqquh) terhadap al-Qur'an yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad saw yang kemudian dipahami, ditafsirkan dan dikembangkan oleh para sahabat, tabiin, tabi' tabiin dan para ulama yang datang kemudian dengan merujuk pada Sunnah Nabi Muhammad saw.
Hadis baginda yang menyebut, ” Sahabat-sahabatku itu seperti bintang, dengan mana-mana seorang dari mereka yang kamu ikuti, kamu mendapat petunjuk.” Hadis ini sangat jelas menunjukkan kejayaan Rasulullah dalam mendidik sahabat-sahabat baginda dalam memantapkan akidah dan kepercayaan kepada Allah sehingga mereka boleh dijadikan contoh kepada umat islam selepasnya. Perbahasan mengenai perkara ini amat penting kerana menyentuh seluruh aspek, iaitu dari segi peribadi, aktiviti, dan peranan masyarakat Islam pada zaman itu. Peribadi mereka dibentuk menjadi peribadi muslim yang sebenar-benarnya, sehinggakan dipuji oleh Rasulullah S.A.W. Inilah masyarakat generasi pertama yang disebutkan oleh Rasulullah S.A.W. Contohnya ialah Saidina Abu Bakar R. A dan Saidina Umar Al-Khattab. Mereka telah berjaya memberikan contoh peribadi dan akhlak muslim yang sebenarnya dalam semua segi, seperti akidah,akhlak, keilmuan dan kenegaraan yang menyentug seluruh sistem-sistem politik, ekonomi,sosial, ketenteraan dan sebagainya.
Bagi generasi pertama Islam, mereka adalah orang-orang Islam yang berasal dari Makkah yang lebih dikenali sebagai kaum Muhajirin dan Ansar. Semua mereka ini terdiri daripada sahabat-sahabat nabi yang telah menubuhkan sebuah masyarakat Islam di Madinah. Mereka kemudiannya telah berjaya meluaskan kekuasaan mereka ke seluruh tanah arab. Orang-orang Muhajirin ini telah mendapat latihan, ajaran dan didikan Rasulullah S.A.W sendiri sejak permulaan wahyu diturunkan. Mereka ini telah menjadi orang yang benar-benar beriman. Rasulullah S.A.W juga telah memimpin orang-orang Ansar sehinggalah menjadi masyarakat islam yang sangat besar jasa dan peranannya. Dengan penuh keimanan, mereka rela mengorbankan kepentingan mereka untuk membela sahabat-sahabat mereka yang terpaksa berhijrah itu.
Seterusnya, Rasulullah S.A.W telah membentuk peribadi mereka ini dengan memberikan latihan-latihan didikan dan ajaran agama Islam. Hasil daripada usaha dan penat lelah baginda, mereka yang dahulunya telah dikotori dengan sifat-sifat jahiliah telah bertukar kepada sifat-sifat Islam. Mereka ini seolah-olah telah diciptakan semula, bersih daripada syirik kepada Allah. Sifat-sifat jahiliah mereka yang dahulu telah digantikan dengan sifat-sifat keislaman, di mana keadaan mereka yang suka berperang telah bertukar menjadi manusia yang sukakan kedamaian dan keamanan. Mereka yang dahulunya berkuasa kerana kekuasaan, telah menjadi umat yang mengikut peraturan berlandaskan al-quran dan As-Sunnah. Hukum qisas juga mendidik mereka supaya menjauhi perasaan membalas dendam. Kejayaan mereka mengalahkan kerajaan besar Parsi dan Rom adalah disebabkan akidah mereka yang mantap kepada Allah S.W.T. Perubahan sikap mereka daripada pengecut kepada berani, bertanggung jawab,saling mempercayai dan akidah yang bersih daripada mensyirikkan Allah dengan menyembah berhala telah menjadi punca kejayaan mereka dalam peperangan. Jelaslah bahawa dengan berpegang kepada akidah yang benar, generasi pertama ini sanggup menerima apa saja ancaman dan dugaan dengan melihat pengorbanan mereka yang sanggup berhijrah ke Madinah dengan meninggalkan segala kecintaan mereka kepada dunia.
Keberjayaan Rasulullah Saw dalam membangunkan peradaban Islam yang tiada taranya dalam sejarah dicapai dalam kurun waktu 23 tahun, 13 tahun langkah persiapan ketika di Makkah dan 10 tahun semasa di Madinah. Masa selama 23 tahun merupakan waktu kurang dari satu generasi, dimana baginda telah berjaya menguasai bangsa-bangsa yang lebih tua peradabannya saat itu khususnya Romawi, Persia dan Mesir.Seorang ahli fikir Perancis bernama Dr. Gustave Le Bone mengatakan: “Dalam satu abad atau 3 keturunan, tidak ada bangsa-bangsa manusia dapat mengadakan perubahan yang bererti. Bangsa Perancis memerlukan 30 keturunan atau 1000 tahun baru dapat mengadakan suatu masyarakat yang bercelup Perancis. Hal ini terdapat pada seluruh bangsa dan umat, tak terkecuali selain dari umat Islam, sebab Muhammad S.A.W sudah dapat mengadakan suatu masyarakat baru dalam tempoh satu keturunan (23 tahun) yang tidak dapat ditiru atau diperbuat oleh orang lain”.
Masa kerasulan nabi Muhammad pada akhir masa ketika di Madinah merupakan puncak (kulminasi) peradaban Islam, karena di situlah sistem Islam disempurnakan dan ditegakkan dalam kehidupan bermasyarakat, berbangsa dan bernegara. “Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu”. (QS. Al-Maidah ayat 3).Generasi masa itu merupakan generasi terbaik sebagaimana firman Allah Swt:
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Alloh”. (QS. Ali Imran ayat 110).
Selain itu, Rasulullah S.A.W juga telah berjaya mendidik sahabat-sahabat baginda sepertimana ketika zaman Khulafa Al-Rasyidin. Contoh yang tidak asing lagi ialah sahabat nabi yang digelar as-Siddiq, iaitu membenarkan. Saidina Abu Bakar as-Siddiq adalah contoh umat terbaik yang mantap dari segi akidahnya. Di antara seluruh penduduk Kota Makkah ketika itu, hanya beliau yang membenarkan Rasulullah S.A.W pada peristiwa Isra` dan Mi`raj. Beliau juga masyhur sebagai seorang yang kuat semangat dan cita-cita, tabah hati dan pemaaf. Begitulah contoh akhlak mulia yang lahir dari didikan akidah yang mantap daripada Rasulullah S.W.T. Kejayaannya dalam mentadbir negara setelah kewafatan Nabi Muhammad S.A.W memang tidak dapat disangkalkan lagi. Beliau berjaya mengatasi masalah golongan murtad, nabi-nabi palsu, golongan yang mengingkari zakat dan ancaman dari luar negeri iaitu ancaman dari Parsi dan Rom. Beliau mengambil langkah bijak dengan memberi nasihat, menghantar perutusan, memerangi golongan-golongan yang tidak mematuhi perintah, membersihkan Negara dari pengaruh Parsi dan Rom serta membebaskan negeri-negeri Arab yang dijajah oleh mereka.
Masa Kedaulatan Kerajaan Umayyah berlangsung selama lebih kurang 90 tahun (661-750M) . Beberapa orang Khalifah besar Bani Umayyah ini adalah Muawiyah bin Abi Sufyan (661-680 M), Abdul Malik bin Marwan (685- 705 M), Al-Walid bin Abdul Malik (705-715 M), Umar bin Abdul Aziz (717- 720 M) dan Hasyim bin Abdul Malik (724- 743 M). Awal berlangsungya masa Daulat Umayyah lebih mengutamakan kepada perluasan wilayah kekuasaan. Perluasan wilayah yang sempat terhenti pada masa Khalifah Utsman dan Khalifah Ali dilanjutkan kembali oleh Daulat Umayyah. Pada zaman Muawiyah, Tunisia ditakluki. Di sebelah Timur, Muawiyah dapat menguasai daerah Khurasan sampai ke sungai Oxus dan Afganistan sampai ke Kabul. Angkatan lautnya melakukan serangan-serangan ke ibu kota Bizantium, Konstantinopel. Pengembangan ke timur yang dilakukan Muawiyah kemudian dilanjutkan oleh khalifah Abdul Malik. Dia mengirim tentara menyeberangi sungai Oxus dan dapat berhasil menundukkan Balkh, Bukhara, Khawarizm, Ferghana dan Samarkand. Tentaranya bahkan sampai ke India dan dapat menguasai Balukhistan, Sind dan daerah Punjab sampai ke Maltan. Kemuliaan peribadi Muawiyah dapat disoroti melalui cerita di bawah ini.
Ketika berada di Masjid Nabawi, sahabat besar Saad bin Abi Waqqas r.a berkata : “Tidak pernah saya melihat seorang yang lebih pandai memutuskan hukum selepas Saidina Uthman daripada tuan pintu ini (Muawiyah).
Seorang lagi sahabat Qabishah bin Jabir r.a berkata: “Tidak pernah saya melihat seorang yang lebih penyantun, lebih layak memerintah, lebih hebat, lebih lembut hati dan lebih luas tangan di dalam melakukan kebaikan daripada Muawiyah”.
Zaman kegemilangan Islam berlaku pada Kerajaan bani Abbasiyah yang dipimpin oleh Khalifah Harun al-Rasyid. Beliau adalah seorang yang kuat beribadat kepad Allah S.W.T kerana keimanan dan ketaqwaannya yang mantap kepada Allah S.W.T. Pada setiap hari beliau akan sembahyang 100 rakaat termasuk sembahyang-sembahyang sunat. Selama pemerintahannya, beliau berperang selama setahun dan menunaikan haji selama setahun secara berselang-seli melainkan dua tahun sahaja yang tidak demikian. Seramai 100 000 alim ulama dan anak-anak mereka menyertainya ketika beliau pergi menunaikan haji. Beliau yang dianggap sebagai seorang ulama dan ahli bahasa telah menunjukkan contoh yang baik kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia. Hal ini terjadi adalah disebabkan akidahnya yang mantap kepada Allah S.W.T. Beliau adalah seorang yang amat menghargai ilmu dan menghormati alim ulama. Salah seorang ulama yang yang terkenal pada zamannya ialah Muawiyah al-Dzarir. Abu Muawiyah pernah menghadiri satu jamuan yang dijemput oleh khalifah. Ketika majlis tersebut berlangsung, tiba-tiba seorang lelaki menuangkan air untuk membasuh tangan dan Abu Muawiyah pun membasuh tangannya tanpa melihat pemuda tersebut. Kemudian, Harun Al-Rashid pun bertanya kepada Abu Muawiyah siapa yang menuangkan air untuk membasuh tangannya tadi. Lalu, Abu Muawiyah pun menjawab tidak tahu kepada Amirul Mukminin. Amirul Mukminin pun mengaku yang dia yang menuangkan sebentar tadi. Daripada cerita di atas, jelaslah bahawa Khalifah Harun al-Rashid sangat menghormati ilmu.
Khalifah Harun al-Rashid telah memerintah Baghdad dari tahun 170 hingga 193 Hijrah. Beliau telah dilahirkan di al-Ray pada 27 Zulhijjah tahun 145 H. Beliau yang memerintah Baghdad, telah mencapai mencapai kemajuan yang tinggi yang belum dicapai oleh pemerintah-pemerintahsebelumnya. Bandar ini telah menjadi pusat perdagangan yang penting dan menjadi tempat tumpuan para intelektual dan sasterawan. Nama beliau juga masyhur di kalangan bangsa-bangsa Eropah kerana penerbitan buku `Alfu Lailah Wa Lailah (1001 malam).Buku ini telah diterjemahkan daripada sebuah roman ke dalam berbagai-bagai bahasa Eropah. Ianya dijadikan bahan bacaan bagi kebanyakan rumah di Eropah.
Pada masa-masa permulaan perkembangan kekuasaan, Islam telah memberikan sumbangan ynag besar kepada dunia berupa tiga jenis alat penting iaitu kertas, kompas dan gunpowder . Penemuan alat cetak (movable types) di Tiongkok pada penghujung abad ke-8 M dan penemuan alat cetak serupa di Barat pada pertengahan abad 15 oleh Johann Gutenberg, menurut buku Historians’ History of the World, ianya tidak akan bererti jika bangsa Arab tidak menemukan terlebih dahulu cara-cara pembuatan kertas. Pencapaian prestasi yang gemilang sebagai implikasi dari gerakan terjemahan yang dilakukan pada zaman Daulat Abbasiah sangat jelas terlihat pada lahirnya para ilmuwan muslim yang mashur dan berkaliber internasional seperti : Al-Biruni (fisika, kedokteran); Jabir bin Hayyan (Geber) pada ilmu kimia; Al-Khawarizmi (Algorism) pada ilmu matematika; Al-Kindi (filsafat); Al-Farazi, Al-Fargani, Al-Bitruji (astronomi); Abu Ali Al-Hasan bin Haythami pada bidang teknik dan optik; Ibnu Sina (Avicenna) yang dikenal dengan Bapak Ilmu Kedokteran Modern; Ibnu Rusyd (Averroes) pada bidang filsafat; Ibnu Khaldun (sejarah, sosiologi). Mereka telah meletakkan dasar pada berbagai bidang ilmu pengetahuan. Mereka ini juga adalah hamba Allah yang patuh perintahnya biarpun sibuk dengan menuntut ilmu. Akidah yang mantaplah sebenarnya yang membuahkan kejayaan dan akhirnya dapat mengatasi barat dalam penguasaan ilmu.
Merujuk kepada sejarah di atas, kita dapat membuat sedikit rumusan bahawa puncak pencapaian penguasaan sains dan teknologi pada zaman kejayaan umat Islam masa lalu terkait erat dengan tegaknya sistem kekhilafahan, dimana adanya sistem komando yang terintegrasi secara global di mana politik adalah selari dengan peranan agama. Kita juga dapat menggambarkan sejarah bahawa peribadi para pemimpin terdahulu adalah soleh, selain sebagai seorang negarawan yang handal dan berwibawa. Mereka juga sebagai seorang ‘ulama wara’ yang takut pada Allah, mencintai ilmu serta mencintai rakyatnya. Pada aspek ini kita boleh melihat adanya integrasi tiga bentuk utama dalam pembentukan peradaban Islam yaitu agama, politik dan ilmu pengetahuan terpadu dalam satu kendali sistem kekhilafahan dibawah pimpinan seorang khalifah.Keberlangsungan sistem kekhilafahan terutama sejak zaman Daulah Umayyah dan Daulat Abbasiyah walaupun bersifat khalifatul mulk (kepemimpinan didasarkan pada keturunan/dinasti) yang adakalanya dipimpin oleh orang soleh dan sekali waktu dipimpin oleh orang yang zhalim dan derhaka, tetapi seburuk-buruk keadaan pada masa khilafah, masih jauh lebih baik daripada masa setelah tercabutnya kehilafahan, karena pada masa kekhilafahan hukum Islam masih tegak dan ditaati oleh umat Islam, demikian juga adanya ketaatan terhadap berbagai fatwa para ‘ulama. Awal meredupnya peradaban Islam yang terjadi sejak abad ke-8 hijriah (abad 13 M) hingga abad ke-14 hijriah (abad 20 M) yang telah mengakibatkan proses peralihan dari peradaban Islam ke peradaban Barat yang ditandai dengan masa pencerahan di dunia Barat serta terjadinya penjajahan, penaklukan dan penganiayaan terhadap Negara-negara Islam oleh armada perang dari negara-negara Barat. Ianya lebih disebabkan oleh kelemahan pentadbiran politik dunia Islam karena peranan khilafah cenderung bersifat simbolik sahaja sehingga tumbangnya sistem khilafah di dunia Islam. Bertitik tolak dari situlah kemudiannya bermulalah hegemoni dunia Barat terhadap dunia Islam.


Rujukan

Dr. Ahmad Amin. Islam Sepanjang Zaman.Dewan Bahasa dan Pustaka.1988.Kuala Lumpur.
Dr. Mahathir Mohamad. Islam dan Umat Islam.Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. 2003. Kuala Lumpur.
Dr. Haron Din. Manusia dan Islam Jilid 1.Dewan Bahasa dan Pustaka.1990. Kuala Lumpur, Malaysia
H.M.H Al- Hamid Al-Husaini. Keagungan Rasulullah SAW. Pustaka Hidayah. 2001. Indonesia.
Tengku Muhammad Hasbi ash-Shiddieqy. Al-Islam 1. P.T Pustaka Rizki Putra.2001. Indonesia
Mahayudin Hj. Yahaya. Islam di Alam Melayu. Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.2001. Kuala Lumpur, Malaysia
Annemarie Schimmel. Islam Interpretatif.Inisasi Press.2003. Indonesia.
Tahia Al-Ismail. Kehidupan nabi Muhammad S.A.W. Perniagaan Jahabersa.2004. Johor, Malaysia.
Prof. Madya Dato’ Hj. Mohd Mokhtar Shafie. Sejarah Keagungan Kerajaan Islam.Nurin Enterprise. 1993.Kuala Lumpur, Malaysia.
Dr. Ahmad Amin. Islam sepanjang Zaman. Dewan Bahasa dan Pustaka.1985.Kuala Lumpur, Malaysia.
Mustafa Hj. Daud.Tamadun Islam.Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.2002. Kuala Lumpur,Malaysia.
Fathi Yakan.2008. Apa Ertinya Saya Menganut Islam. Selangor, Malaysia.Dewan Pustaka fajar.
Ahmad Deedat. 2008. The Choice Islam and Christinity. Selangor, Malaysia.Berlian Publication Sdn. Bhd.
Dr. Danial Zainal Abidin.2008. Minda Muslim Super. Selangor, Malaysia.PTS Millennia Sdn. Bhd.