Friday, May 21, 2010

Malaysia Bakal ‘Muflis’ Pemimpin Berwibawa!!!

Baru-baru ini empat mahasiswa UKM telah dikenakan tindakan di bawah Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) kerana dituduh melanggar undang-undang universiti.

Arahan itu telah dikeluarkan oleh pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) susulan setelah mereka ditangkap oleh pihak polis di Hulu Selangor ketika Pilihanraya kecil berlangsung di sana.

Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) telah membantah keras terhadap tindakan yang tidak bertanggungjawab dan bertentangan dengan norma demokrasi yang telah diamalkan di negara kita.

"Sebagai mahasiswa, mereka berhak berada di mana sahaja dan bebas untuk menyuarakan hak mereka.

"Tindakan yang dikeluarkan oleh pihak universiti itu jelas melanggar hak kebebasan bersuara di negara ini," kata Pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional(MPMN), Muhammad Syafiq kepada erapakatan.

Menurut beliau, pihak Universiti harus sedar mahasiswa ialah aset dan agen perubah kepada kepimpinan negara, ini dilihat sebagai salah satu latihan sebelum menceburkan diri selepas keluar dari menara gading kelak.

Bagi Syafiq, jika mahasiswa disekat pemikiran dan perjuangan mereka, sudah pasti negara akan lumpuh dan ‘muflis’ kepimpinan yang berwibawa suatu hari nanti.

"Mereka tertuduh juga merupakan mahasiswa jurusan Sains Politik dan semestinya mereka perlu turun kelapangan untuk menyaksikan sendiri suasana politik Malaysia lagi-lagi ketika pilihanraya sedang berlangsung.

"Ini ialah salah satu praktikal dan latihan bagi mereka selaku mahasiswa jurusan Sains Politik," kata beliau lagi.

Syafiq yang mewakili MPMN mempersoalkan mengapa pihak universiti perlu mengenakan tindakan tersebut?

Bagi beliau hal ini jelas pihak pentadbiran Universiti menafikan hak kebebasan akademik.
Sehubungan itu, MPMN menggesa pihak Universiti menarik balik tindakan yang telah dikenakan ke atas mereka dan memuji tindakan mahasiswa yang mempraktikkan hak demokrasi.

MPMN juga akan terus memperjuangkan kes tersebut dengan segenap rupa dan cara untuk membela dan memperjuangkan hak mereka.

"Pihak universiti jangan cuba untuk memperbodoh dan menakut-nakutkan mahasiswa dengan tindakan yang telah dikeluarkan.

Pihak Universiti seharusnya bertindak lebih profesional dalam kes ini.

Tertuduh ialah Hilman Idham, Ismail Aminudin, Azlin Shafina adzha dan Woon King Chai.
Mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Universiti pada 2 dan 3 Jun 2010

Wednesday, May 12, 2010

'12 Hours Live with Chivalry' pada 15 Mei ini di Arena Tertutup Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Apa nk jadi dengan Mlaysia skrg??

Sukan dah, Judi dah, skrg Hiburan plak....Nantikn yg seterusnya...Bila Tsunami dtg baru nk insaf, Mncari-cari kesalahan..Baru nk brtaubat..


Adakah patut kita mmbenarkn Konsert 12 jam brsama Pitbull?? Syarat bg prsembahan adalah tdk boleh melebihi 12 jam..sdgkn disko pn msti dttp jam 2am plg lwt..Kalau lirik lagu yg bagus2 x pe juga..ni yg galak org brzina plak 2..

Layari Youtube: http://www.youtube.com/watch?v=P3P8WrS6DcY


"Seperti yang sedia termaktub, sesebuah persembahan konsert di tempat awam tidak boleh melebihi jam 12 malam dan jika mempunyai sebab-sebab tertentu mungkin dibenarkan sehingga 1 pagi.

Juga bagi sesebuah kelab hiburan dan disko, ianya dibenarkan untuk beroperasi sehingga pukul 1 pagi ataupun 2 pagi.


Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) pula menjelaskan bahawa kerajaan memandang berat kemasukan artis luar supaya mematuhi nilai-nilai budaya dan tatasusila rakyat Malaysia.

'Kelulusan tidak berlandaskan syarat'

KPKK dilaporkan berkata, agen artis yang berkenaan harus menandatangani surat persetujuan untuk mematuhi segala syarat dan peraturan yang ditetapkan untuk mengadakan persembahan di negara ini


"Antara yang terpenting dalam peraturan ini ialah melarang sebarang tingkah laku, percakapan, lirik lagu dan juga pakaian yang mengaibkan atau bersifat lucah.

"Pitbull berjanji tidak akan melakukan sebarang tindakan, percakapan dan berpakaian yang tidak senonoh jauh lagi menyanyi lagu-lagu berunsur lucah," kenyataan itu dipetik,

Bagaimanapun,berdasarkan kepada kenyataan balas itu, "kelulusan yang dibuat tidak berlandaskan kepada apa yang termaktub dalam syarat ketetapan kemasukan artis luar".

"Kita sedia maklum lagu hit Pitbull ialah Hotel Room Service, I Know You Want Me. Ini bermakna Pitbull sudah semestinya mempersembahkan kedua-dua lagu ini di pentas konsert.

"Bayangkanlah muda-mudi kita berhibur sambil menyanyikan lirik tersebut dengan penuh penghayatan selama 12 jam tanpa henti sambil dikelilingi oleh pergaulan bebas lelaki dan perempuan yang sudah pasti menimbulkan rangsangan sesama mereka"

Lirik Pitbull sebenarnya "menggalakkan sesi seks beramai-ramai".

Manakala satu lirik bertajuk Sticky didakwanya menggalakkan budaya menghisap ganja dan pengambilan dadah bagi tujuan rekreasi.

Sehubungan itu bagaimana permohonan dan rayuan syarikat kedua diluluskan sedangkan syarikat pertama memohon terhadap artis yang sama ditolak.

"Yang menghairankan; walaupun dengan segala fakta kandungan lirik lagu Pitbull yang secara jelas berlandaskan unsur-unsur negatif; tetapi masih lagi mendapat kelulusan dari pihak Jawatankuasa Rayuan?" katanya.

Konsert dinamakan '12 Hours Live with Chivalry' pada 15 Mei ini dijadual berlangsung di Arena Tertutup Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Ia juga dilaporkan melibatkan persembahan beberapa DJ dan artis tempatan.