Monday, March 29, 2010

Kepimpinan bkn muDAH, tp mmbawa paDAH jika trsalah maDAH akibat kurangnya ibaDAH...

Asalamualaikum..maaf shbt2..sekian lama ana menyepi disebabkn sibuk dgn amanah yg lain..
kadang2 sbgai pemimpin, kita sebenarnya mampu melakukan apa yg kita katakn kita x mampu disebabkn tekanan masa & bebanan kerja..
Setelah beberapa bln mnjadi pemimpin pljr, ana menolak kata2 shbt yg prnh mnjadi pimpinan dahulu bahawa dgn mnjadi pimpinan, ini tdk mampu, itu tdk mampu disebabkn masa & beban tugas yg bnyk..sebenarnya, jika kta brdisiplin, pandai bahagi masa, InsyaALLAH, smuanya mampu kta lakukan..

Sedikit tazkirah bt kta semua..

Kisah Umar Abdul Aziz..suatu ketika slps shj memegang jwtn sbgai khalifah...
Selepas penat bkrja, dia mau berehat sblm msknya waktu zohor..
Anaknya yg soleh memberi teguran kpd ayahnya : " adakah engkau pasti selepas engkau bgn dr tidur engkau mampu mengembalikan barang yg telah dizalimi (diambil)"

Begitulah shbt2 sekalian..mnjadi pimpinan bkn mudah, bnyk amanah yg dipikul..
Namun, ana menerima segala teguran drpd shbt2 sekalian dlm mmperbaiki diri ana yg lemah dn hina ini..

2 comments:

  1. Menyokong kenyataan diatas, dalam kebanyakkan perkara yg akan dilalui ia mestilah kembali kepada kerangka asal iaitu maksud diri seorang 'MUKMIN'

    Biarpun ada sijil yang kita telah mendaftar sebagai ahli gerakan Islam, tetap yg membezakan kita dihadapan-Nya cuma ciri seorang Mukmin. Selain itu, cuma fasiqun atau munafiqun.


    Walaupun atas platform Academic & Diplomatik, ruang untuk mengajak manusia melihat istimewa akalnya tidak sekadar dalam ruang lingkup'Academik & Diplomatik'.

    Serulah manusia agar bebas daripada kekangan 'akademik' yang sempit kepada luasnya pencarian ilmu. Kita mahu melahirkan manusia yg berfikir, yang kuat intuisi untuk merobah.Bukan robot-robot atau mesin-mesin untuk memenuhi pasaran pekerjaan semata-mata.Nanti smpai dialam realiti makin banyak pula tukang angguk dan pak turut...kami juga yg susah..

    'Diplomatik' kalau sekadar 'on paper' bimbang tidak mencetus imaginasi dan daya fikir. Selain belajar soal-soal teknikal dalam pejabat, bagaimna mencipta peluang yg ada untuk membantu ummat diluar sana. Sememangnya kemahuan kita bertindak sudah sampai ketahap itu, bukan sekadar jadi budak suruhan di pejabat.

    ...'MAGGIE' itu benar menepati ciri seorang MUKMIN..Insya Allah..

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Kita boleh katakan, mungkin mahasiswa di UMS KK berada dlm lingkungan selesa. Betul atau tdk terpulang kpd pemerhatian masing-masing.

    Pertama, kita boleh mengambil kesempatan ini untuk menggerakkn dakwah dengan lebih agresif. Gerakkan sebanyak mana pogram mengikut salurannya.

    Kedua, perkara ini agak berat sedikit. Provokasikan minda masyarakat kampus dgn isu-isu yg nasional yg hampir dgn mereka. Penyelewengan, rasuah dan pecah amanah merupakan item-item provokasi yg semestinya mampu mengetuk sensitiviti jika kena caranya.

    Bermula dgn isu anjing dan isu penyelewengan duit mahasiswa yg cuma berlegar di sekeliling mereka, anjakkan seterusnya iaitu bagaimana membawa sensitiviti mahasiswa peka pula kpd isu-isu ummat disekitar luar 'pagar' UMS.

    Sekitar UMS contohnya, terdapat kampung-kampung yg masih tidak selesai soal kemudahan asas sedangkan pejabat Ketua Menteri cuma beberapa kilometer saja. Isu rampasa tanah, isu pendidikan, isu kemudahan asas mesti digarap mengikut sudut pandang intelektual mahasiswa. Mustahil seorang yg punya intelektual tinggi boleh duduk diam melihat isu-isu spt ini. Bijaknya andai massa boleh melihat perbezaan perjuanga mahasiswa dan parti politik diluar sana. Ini satu bonus!

    Satu kebimbangan, jika perkara yg bersifat provokasi ini tdk digerakkan secara berterusn, mahasiswa akn tunduk dan akur sahaja dgn suasana sekeliling mereka. Kalau suasana yg membina tdk apa. Melihat kpd mentaliti masyarakat kampus UMS, saya fikir kita semua tdk boleh duduk diam lagi.

    Maka, dua perkara tadi tidak dapat tidak mesti diberi perhatian sewajarnya. Antara selesa dan provokasi kedua-duanya tulang belakang untuk mengangkat kesedaran anak muda

    ReplyDelete

YA ALLAH..jadikanlah aku golongan syabab li inqaz al ummah..!! ameen.. (pemuda yang berperanan untuk mengangkat darjat ummah)