Wednesday, May 12, 2010

'12 Hours Live with Chivalry' pada 15 Mei ini di Arena Tertutup Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Apa nk jadi dengan Mlaysia skrg??

Sukan dah, Judi dah, skrg Hiburan plak....Nantikn yg seterusnya...Bila Tsunami dtg baru nk insaf, Mncari-cari kesalahan..Baru nk brtaubat..


Adakah patut kita mmbenarkn Konsert 12 jam brsama Pitbull?? Syarat bg prsembahan adalah tdk boleh melebihi 12 jam..sdgkn disko pn msti dttp jam 2am plg lwt..Kalau lirik lagu yg bagus2 x pe juga..ni yg galak org brzina plak 2..

Layari Youtube: http://www.youtube.com/watch?v=P3P8WrS6DcY


"Seperti yang sedia termaktub, sesebuah persembahan konsert di tempat awam tidak boleh melebihi jam 12 malam dan jika mempunyai sebab-sebab tertentu mungkin dibenarkan sehingga 1 pagi.

Juga bagi sesebuah kelab hiburan dan disko, ianya dibenarkan untuk beroperasi sehingga pukul 1 pagi ataupun 2 pagi.


Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) pula menjelaskan bahawa kerajaan memandang berat kemasukan artis luar supaya mematuhi nilai-nilai budaya dan tatasusila rakyat Malaysia.

'Kelulusan tidak berlandaskan syarat'

KPKK dilaporkan berkata, agen artis yang berkenaan harus menandatangani surat persetujuan untuk mematuhi segala syarat dan peraturan yang ditetapkan untuk mengadakan persembahan di negara ini


"Antara yang terpenting dalam peraturan ini ialah melarang sebarang tingkah laku, percakapan, lirik lagu dan juga pakaian yang mengaibkan atau bersifat lucah.

"Pitbull berjanji tidak akan melakukan sebarang tindakan, percakapan dan berpakaian yang tidak senonoh jauh lagi menyanyi lagu-lagu berunsur lucah," kenyataan itu dipetik,

Bagaimanapun,berdasarkan kepada kenyataan balas itu, "kelulusan yang dibuat tidak berlandaskan kepada apa yang termaktub dalam syarat ketetapan kemasukan artis luar".

"Kita sedia maklum lagu hit Pitbull ialah Hotel Room Service, I Know You Want Me. Ini bermakna Pitbull sudah semestinya mempersembahkan kedua-dua lagu ini di pentas konsert.

"Bayangkanlah muda-mudi kita berhibur sambil menyanyikan lirik tersebut dengan penuh penghayatan selama 12 jam tanpa henti sambil dikelilingi oleh pergaulan bebas lelaki dan perempuan yang sudah pasti menimbulkan rangsangan sesama mereka"

Lirik Pitbull sebenarnya "menggalakkan sesi seks beramai-ramai".

Manakala satu lirik bertajuk Sticky didakwanya menggalakkan budaya menghisap ganja dan pengambilan dadah bagi tujuan rekreasi.

Sehubungan itu bagaimana permohonan dan rayuan syarikat kedua diluluskan sedangkan syarikat pertama memohon terhadap artis yang sama ditolak.

"Yang menghairankan; walaupun dengan segala fakta kandungan lirik lagu Pitbull yang secara jelas berlandaskan unsur-unsur negatif; tetapi masih lagi mendapat kelulusan dari pihak Jawatankuasa Rayuan?" katanya.

Konsert dinamakan '12 Hours Live with Chivalry' pada 15 Mei ini dijadual berlangsung di Arena Tertutup Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Ia juga dilaporkan melibatkan persembahan beberapa DJ dan artis tempatan.

2 comments:

  1. Salam,

    Saya memilih ruang komen ini mungkin kerana aura tuan punya blog..semangat org memali agaknya

    UMS merupakan sebuah gedung ilmu dan tempat berkumpulnya para intelektual. Dimana-mana peradaban pun, kebangkitan sebuah masyarakat berpunca daripada ilmu yang mengalir daripada bijakpandainya. Dari ilmu yg disampaikan oleh bijakpandai kpd masyarakat sekelilingnya akan berkembanglah pemikiran dan kesedaran ummat.

    Oleh kerana UMS begitu hampir dengan suasana masyarakat di sekelilingnya, peluang untuk mengaplikasi teori-teori ilmu yg dipelajari begitu luas. Apakah bila dikaitkan dengan kajian terhadap masyarakat maka hanya mahasiswa sekolah tertentu sahaja yg terlibat?..Apakah kemiskinan, ketinggalan dari sudut pendidikan, penggangguran dan lain-lain tidak melibatkan cabang-cabang ilmu yg lain seperti ekonomi, politik, perubatan, marin dlln..

    Jika kita bercakap soal membangun peradaban ummat, cabang-cabang ilmu tersebut mesti di integerasikan dan dikembangkan dalam bentuk aktiviti, kajian dan lain-lain. Maka disinilah pentingnya peranan gerakan Islam untuk mengemudi cadangan diatas. Saya pernah bertanya kpd mahasiswa ekonomi bagaimana ketirisan boleh berlaku dalam pengiraan GDP?..Apakah ia tiada kaitan dengan rasuah? Tiada kaitan dengan sistem pemerintahan?..Bagaiman ia memberi kesan kepada masyarakt, kepada petani dan orang-orang susah?..Beginilah antara salah satu cara bagaimana teori-teori dlm buku dihidupkan aplikasinya dlm realiti sebenar.

    Dan banyak perkara sebenarnya, tapi andainya bijakpandai di menara gading tiada kesungguhan untuk menyalurkan teori-teori ilmu tersebut kpd bentuk-bentuk praktikal yg mesra masyarakat, maka terjadilah apa yg sedang terjadi.

    Ahli Gerakan Islam adalah harapan dan benteng ummat!

    ReplyDelete
  2. Sekilas pandang, sebenarnya borneo ramai muslimat yg punyai bakat dan boleh kedepan seperti muslimin juga.

    Cuma saya masih terus berusaha berfikir bagaimana bakat tersebut boleh dikembangkan lagi mengikut cabaran semasa. Terus terang kita masih kekurangan pimpinan muslimat dikalangan generasi muda yg boleh tampil kedepan menyampaikan tazkirah, ceramah atau taklimat sekalipun.

    Saranan saya, perkara pertama yg kita sendiri perlu buang jauh-jauh iaitu persepsi meletakkan muslimat masih 'tidak mampu' dlm perkara-perkara yg penting. Sediakan ruang dan peluang dan jauhkan melabel muslimat dengan label-label yg menjatuhkan motivasi...

    Sekadar pandangan

    Ayuh bangkit muslimat borneo!!!

    ReplyDelete

YA ALLAH..jadikanlah aku golongan syabab li inqaz al ummah..!! ameen.. (pemuda yang berperanan untuk mengangkat darjat ummah)