Monday, August 23, 2010

ikHlaskah???

Ahlan wasahlan ya ramadhan Kareem...

Semoga kita semua meningktkn amalan di bln yg mulia ini..

Semoga dgn amaln trsebut, kita smkn dekat dgnnya...

namun, timbul persoalan di sini, Ikhlas kh amaln kita??

Berapa ramai yg puasa tp hnya mndpt haus dn dahaga, berapa ramai yg sembahyg, tp hnya mndpt letih semata-mata..

Sangat digalakkn untuk mnderma dn infak d bln ini..

Namun, benarkah kita ikhlas dlm mnderma??

ramai yg mmberi bubur lambuk pada bln ramadhan ini,

tp KENAPA PERLU LETAK NAMA DRPD SIAPA?

IKHLASKAH?????

Tuesday, June 1, 2010

Kutukan sekeras-kerasnya tindakan Israel ke atas Misi kemanusiaan ke Gaza..

Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel ke atas kematian dan keceraan rakyat Malaysia yg mnghantar bantuan kemanusiaan ke Palestin..Hal ini adalah kerana ianya brtentangan sama sekali dgn Resolusi 1860 di bwh UNSC..

Menurut Anifah, Malaysia juga mendesak agar Israel segera membebaskan kapal-kapal misi 'Flotila Kebebasan' dan aktivis termasuk rakyat negara ini yang ditahan pihak berkuasa rejim itu.

''Malaysia juga mahu siasatan bebas sepenuhnya dilaksanakan ke atas serangan ke atas aktivis kemanusiaan yang tidak berdosa yang mana ia jelas mencabul dan melanggar undang-undang antarabangsa," katanya.

Tambah beliau, Malaysia juga menggesa supaya Resolusi 1860 di bawah UNSC dilaksanakan sepenuhnya bagi membenarkan penghantaran bantuan kemanusiaan ke seluruh Gaza.

Such barbaric act was committed by Israel despite of the flotilla's observance of all maritime regulations and in full compliance with Resolution 1860 adopted by the UN Security Council (2009), which includes:

a) An appeal to the international community to provide humanitarian aid to Gaza including food, fuel and medical assistance.
b) Facilitate the ease of passage and unimpeded deliverance of aid.
c) Call for support of these efforts to alleviate the dire humanitarian and economic situation in Gaza

Friday, May 21, 2010

Malaysia Bakal ‘Muflis’ Pemimpin Berwibawa!!!

Baru-baru ini empat mahasiswa UKM telah dikenakan tindakan di bawah Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) kerana dituduh melanggar undang-undang universiti.

Arahan itu telah dikeluarkan oleh pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) susulan setelah mereka ditangkap oleh pihak polis di Hulu Selangor ketika Pilihanraya kecil berlangsung di sana.

Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) telah membantah keras terhadap tindakan yang tidak bertanggungjawab dan bertentangan dengan norma demokrasi yang telah diamalkan di negara kita.

"Sebagai mahasiswa, mereka berhak berada di mana sahaja dan bebas untuk menyuarakan hak mereka.

"Tindakan yang dikeluarkan oleh pihak universiti itu jelas melanggar hak kebebasan bersuara di negara ini," kata Pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional(MPMN), Muhammad Syafiq kepada erapakatan.

Menurut beliau, pihak Universiti harus sedar mahasiswa ialah aset dan agen perubah kepada kepimpinan negara, ini dilihat sebagai salah satu latihan sebelum menceburkan diri selepas keluar dari menara gading kelak.

Bagi Syafiq, jika mahasiswa disekat pemikiran dan perjuangan mereka, sudah pasti negara akan lumpuh dan ‘muflis’ kepimpinan yang berwibawa suatu hari nanti.

"Mereka tertuduh juga merupakan mahasiswa jurusan Sains Politik dan semestinya mereka perlu turun kelapangan untuk menyaksikan sendiri suasana politik Malaysia lagi-lagi ketika pilihanraya sedang berlangsung.

"Ini ialah salah satu praktikal dan latihan bagi mereka selaku mahasiswa jurusan Sains Politik," kata beliau lagi.

Syafiq yang mewakili MPMN mempersoalkan mengapa pihak universiti perlu mengenakan tindakan tersebut?

Bagi beliau hal ini jelas pihak pentadbiran Universiti menafikan hak kebebasan akademik.
Sehubungan itu, MPMN menggesa pihak Universiti menarik balik tindakan yang telah dikenakan ke atas mereka dan memuji tindakan mahasiswa yang mempraktikkan hak demokrasi.

MPMN juga akan terus memperjuangkan kes tersebut dengan segenap rupa dan cara untuk membela dan memperjuangkan hak mereka.

"Pihak universiti jangan cuba untuk memperbodoh dan menakut-nakutkan mahasiswa dengan tindakan yang telah dikeluarkan.

Pihak Universiti seharusnya bertindak lebih profesional dalam kes ini.

Tertuduh ialah Hilman Idham, Ismail Aminudin, Azlin Shafina adzha dan Woon King Chai.
Mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Universiti pada 2 dan 3 Jun 2010

Wednesday, May 12, 2010

'12 Hours Live with Chivalry' pada 15 Mei ini di Arena Tertutup Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Apa nk jadi dengan Mlaysia skrg??

Sukan dah, Judi dah, skrg Hiburan plak....Nantikn yg seterusnya...Bila Tsunami dtg baru nk insaf, Mncari-cari kesalahan..Baru nk brtaubat..


Adakah patut kita mmbenarkn Konsert 12 jam brsama Pitbull?? Syarat bg prsembahan adalah tdk boleh melebihi 12 jam..sdgkn disko pn msti dttp jam 2am plg lwt..Kalau lirik lagu yg bagus2 x pe juga..ni yg galak org brzina plak 2..

Layari Youtube: http://www.youtube.com/watch?v=P3P8WrS6DcY


"Seperti yang sedia termaktub, sesebuah persembahan konsert di tempat awam tidak boleh melebihi jam 12 malam dan jika mempunyai sebab-sebab tertentu mungkin dibenarkan sehingga 1 pagi.

Juga bagi sesebuah kelab hiburan dan disko, ianya dibenarkan untuk beroperasi sehingga pukul 1 pagi ataupun 2 pagi.


Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) pula menjelaskan bahawa kerajaan memandang berat kemasukan artis luar supaya mematuhi nilai-nilai budaya dan tatasusila rakyat Malaysia.

'Kelulusan tidak berlandaskan syarat'

KPKK dilaporkan berkata, agen artis yang berkenaan harus menandatangani surat persetujuan untuk mematuhi segala syarat dan peraturan yang ditetapkan untuk mengadakan persembahan di negara ini


"Antara yang terpenting dalam peraturan ini ialah melarang sebarang tingkah laku, percakapan, lirik lagu dan juga pakaian yang mengaibkan atau bersifat lucah.

"Pitbull berjanji tidak akan melakukan sebarang tindakan, percakapan dan berpakaian yang tidak senonoh jauh lagi menyanyi lagu-lagu berunsur lucah," kenyataan itu dipetik,

Bagaimanapun,berdasarkan kepada kenyataan balas itu, "kelulusan yang dibuat tidak berlandaskan kepada apa yang termaktub dalam syarat ketetapan kemasukan artis luar".

"Kita sedia maklum lagu hit Pitbull ialah Hotel Room Service, I Know You Want Me. Ini bermakna Pitbull sudah semestinya mempersembahkan kedua-dua lagu ini di pentas konsert.

"Bayangkanlah muda-mudi kita berhibur sambil menyanyikan lirik tersebut dengan penuh penghayatan selama 12 jam tanpa henti sambil dikelilingi oleh pergaulan bebas lelaki dan perempuan yang sudah pasti menimbulkan rangsangan sesama mereka"

Lirik Pitbull sebenarnya "menggalakkan sesi seks beramai-ramai".

Manakala satu lirik bertajuk Sticky didakwanya menggalakkan budaya menghisap ganja dan pengambilan dadah bagi tujuan rekreasi.

Sehubungan itu bagaimana permohonan dan rayuan syarikat kedua diluluskan sedangkan syarikat pertama memohon terhadap artis yang sama ditolak.

"Yang menghairankan; walaupun dengan segala fakta kandungan lirik lagu Pitbull yang secara jelas berlandaskan unsur-unsur negatif; tetapi masih lagi mendapat kelulusan dari pihak Jawatankuasa Rayuan?" katanya.

Konsert dinamakan '12 Hours Live with Chivalry' pada 15 Mei ini dijadual berlangsung di Arena Tertutup Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Ia juga dilaporkan melibatkan persembahan beberapa DJ dan artis tempatan.

Tuesday, April 13, 2010

bertaubat la wahai pengkhianaT..!!

salam mahardika Warga...

Alhamdulillah, baru shj selesai meeting dgn pihak Jabatan Pembangunan & Penyelenggaraan(JPP)...Akhirnya isu pagar d kg F selesai juga..
Semenjak 30 Mac yg lalu, isu kecurian tidak pernah putus2 hgga ke hari ini..
Motor honda EX5 ana dicuri, dlm hari yg sama juga, motor stdnt dr Kg AB juga turut dicuri..Ana parking d KG CD pada hari e2..Pada trkh yg sama juga, 2 lagi shbt baik ana pn turut kehilangan barang..bilik mereka diceroboh oleh pncuri..

Ada juga laporan d IP, barang felo sendiripun dicuri..4 orng, juga salah seorang shbt ana juga turut kehilangan barang ktika Solet d Masjid..apa kejadahnya pencuri ni smpai MASJID pn x KENAL KA??
Ada juga laporan yg ada juga pelajar dirogol ketika sdg mandi..
Ana mohon sngt2 kpd shbt2 yg mengalami masalah sprti di atas melapork segera kpd ana..

Ana amat brharap kita smua mngambil langkah brjaga-jaga kerana malang tdk akn brbau..
kpd pencuri sedarlah bhwa anda akan beroleh "NIKMAT" yg sngt hebat di akhirat nnti..

akhirul kalam..waassalamualaikum...

Monday, March 29, 2010

Kepimpinan bkn muDAH, tp mmbawa paDAH jika trsalah maDAH akibat kurangnya ibaDAH...

Asalamualaikum..maaf shbt2..sekian lama ana menyepi disebabkn sibuk dgn amanah yg lain..
kadang2 sbgai pemimpin, kita sebenarnya mampu melakukan apa yg kita katakn kita x mampu disebabkn tekanan masa & bebanan kerja..
Setelah beberapa bln mnjadi pemimpin pljr, ana menolak kata2 shbt yg prnh mnjadi pimpinan dahulu bahawa dgn mnjadi pimpinan, ini tdk mampu, itu tdk mampu disebabkn masa & beban tugas yg bnyk..sebenarnya, jika kta brdisiplin, pandai bahagi masa, InsyaALLAH, smuanya mampu kta lakukan..

Sedikit tazkirah bt kta semua..

Kisah Umar Abdul Aziz..suatu ketika slps shj memegang jwtn sbgai khalifah...
Selepas penat bkrja, dia mau berehat sblm msknya waktu zohor..
Anaknya yg soleh memberi teguran kpd ayahnya : " adakah engkau pasti selepas engkau bgn dr tidur engkau mampu mengembalikan barang yg telah dizalimi (diambil)"

Begitulah shbt2 sekalian..mnjadi pimpinan bkn mudah, bnyk amanah yg dipikul..
Namun, ana menerima segala teguran drpd shbt2 sekalian dlm mmperbaiki diri ana yg lemah dn hina ini..

Wednesday, March 3, 2010

jahil vs salah tafsir

salam..

ketika usia masih muda, ilmu semestinya kurang..
namun ak x kn jadikan kekurangan ilmu sbgai alasan untk ak tidak brjuang..!!
kecintaan kpd nabi Muhammad SAW mnyebabkn ak truskn prjuangan..
Namun, perlu diingat, kita manusia adalah lemah..
bkn semua yg kita tahu,
bkn semua yg kita mahir,
biarpun diri ini serba kekurangan,
aku akan tetap meneruskn prjuangan..
aku x kan mengalah dgn kata2 manusia yg hanya pandai
berpura-pura,
tp sbnrnya lbh jahil dr apa yg mereka sangka..
biarpun usaha ku tlh brjaya..
namun aku akan terus mmperbaiki diri,
menambahkn ilmu di dada sebanyak yg mungkin,
mungkin sblm ini ak cuai,
ak lemah, ak punya bnyk kelemahan,
namun, AKU AKAN BUKTIKAN suatu hari nanti..
AK AKAN MENJADI HAMBA ALLAH YG TERBAIK
DEMI MENEGAKKAN KALIMAH ALLAH DI MUKA BUMI..
shbt2..bantulah ak andai ak lemah, nasihatilah ak andai aku trleka...
mOga ALLAH BERSAMA dlm prjuangan kita..takbir!