Saturday, January 23, 2010

kehangatan manifestO yg prtama d KKIP

saya adalah calOn nO 3
tetapi smlm sy dipilih untk mnjadi org prtama yg akan mmberikan
manifestO bg caLon umum..
suasana sgt bising dgn teriakan penyOkOng2...
ada yg mmberikan provOke smpena sesi pengenalan calOn...
suasana sgt bising hinggakan keadaan x dpt dikawal oleh MC..

Friday, January 22, 2010



saya, Nur Syatirah Bt. Shuib, pelajar tahun 2, Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan(SSMP) akan brtanding untuk merebut kerusi UMUM, MPP.
dgn Moto Ringkas, MAGGI..Memamg meLeTup!!!


Undilah saya, calOn nO 3 anda...

Pilihan Raya Kampus UMS 2010

semalam, 22 Januari 2010, adalah hari penamaan calOn bg wakil sekolah, jakmas dan umum bg majlis prwakilan pelajar, UMS. Ia adalah hari brsejarah bt ana krna trkh trsebut jatuh pada hari lahir ana..

Semalam, calOn umum yg mghantar borang adalah seramai 10 orang tetapi seorang tlh menarik diri, dan seorang lagi terkeluar kerana bantahannya diterima. Kesalah mengisi borang menyebabkan 2 orang calon yang tidak layak bertanding. Paling menggembirakan bg kerusi umum, semuanya adalah calon MELAYU ISLAM. Takbir!! Allah hu akbar...


Kerusi Umum
= 8 calon (7 kerusi)
Kerusi sekolah SPE = 5 calon (3 kerusi) SPS = 2 calon (1 kerusi) SSS = 4 calon (2 kerusi) SPPS = 3 calon (2 kerusi) , SPU = 2 calon (1 kerusi) , SPTA = 2 calon (1 kerusi). bagi sekolah SSMP, SKTM, SPL,SPKS dan SST telah menang tanpa brtanding..

Kerusi JAKMAS: Hanya Kolej kediaman E sahaja yg bertanding..Kolej kediaman AB, CD, IP dan KF telah menang tanpa bertanding

Bagi bantahan yg diterima, dan tak Layak bertanding ialah seorang setiap satu: JAKMAS AB, UMUM dan Sekolah..iaitu 3 orang keseluruhannya.

Sesi rapat umum akan diadakan di kampus kediaman selama seminggu brmula hari ini, brmula jam 8 mlm:
23 Jan: KKIP
24 Jan: KF
25 Jan: AB
26 Jan: CD
27 Jan: E

28 Januari adalah sesi pengundian..MOhOn semua untk turun ke Dewan Canselor untk mngundi

undi adalh rosak jika anda tidak mengisi keseluruhan tempat kosong tersebut. Pengundian adalah secara e-voting bt prtama kalinya di UMS.

Saturday, January 2, 2010

Guna Kalimah Allah secara tepat tanpa seleweng

KITA SEBAGAI UMAT ISLAM PERLU BANGKIT DEMI MENEGAKKAN AGAMA TAUHID KITA..
DALAM MNCAPAI PERPADUAN KAUM, SENSITIVITI UMAT ISLAM JUGA PERLU DIJAGA...


Ingat sensitiviti kaum, agama
fr: utusan Malaysia

KUALA TERENGGANU 2 Jan. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bimbang dengan kemarahan umat Islam jika penggunaan perkataan Allah oleh agama lain tidak dihalang.

Katanya, apa juga alasan yang diberi, kemarahan tetap tercetus di kalangan umat Islam terhadap pihak lain yang menggunakan kalimah Allah itu.

Bagi memastikan negara kekal aman katanya, setiap orang di negara ini perlu saling mengambil kira soal sensitiviti agama dan kaum.

Jelasnya, perkataan Allah adalah spesifik bagi umat Islam sahaja manakala perkataan Tuhan atau God dalam bahasa Inggeris adalah untuk penganut agama lain.

"Saya khuatir kebenaran menggunakan perkataan Allah ini akan menimbulkan kemarahan orang Islam, sebenarnya terjemahan God dalam bahasa Inggeris adalah tuhan bukan Allah dan Allah spesifik bagi orang Islam sahaja.

"Jadi kalau mereka faham, mereka akan menggunakan perkataan Tuhan bukannya Allah," katanya.


Fr: Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 2 Jan: Biarpun akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dalam penerbitan mereka, namun penggunaan kalimah tersebut perlu diguna secara tepat dengan maksud yang tidak menyeleweng dari kefahaman sebenar 'Allah' kepada umat Islam.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasaruddin Hassan berkata, beliau menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu namun diharap penggunaannya pada tujuan yang baik dan bukan untuk dipermainkan sewenangnya.

"Selagi mana kalimah Allah itu digunakan dengan tujuan yang baik, dengan benar menyatakan Allah itu satu, Allah itu Esa tanpa sebarang penyelewangan dan pengkhianatan terhadap maksud sebanar Allh, maka itu dibenarkan.

"Pendirian kami, siapun pihak hatta umat islam sendiri pun sekiranya hendak menggunakan kalimah Allah, hendaklah menggunakan dengan penuh hormat tanggungjawab bukan menggunakannya dalam maksud mempersenda, mempermain, mengambil mudah dengan kalimah tersebut", kata beliau ketika diminta mengulas perkara itu baru-baru ini.

Beliau juga tidak menolak kebimbangan sesetengah pihak bahawa kemungkinan penggunaan kalimah tersebut disalahguna.

Jika keadaan itu berlaku, beliau bimbang ianya akan mencetuskan kemarahan umat Islam seluruh dunia memandangkan ianya sangat sensitif.

"Ada pun yang kita bimbang ialah jika sekiranya penggunaan itu adalah penggunaan untuk mempersenda mempermainkan kalimah Allah dan meletakkan kalimah itu di merata tempat tanpa menghormati sensiviti umat Islam, dan itu adalah sesuatu yang perlu diambil perhatian", katanya lagi.

Wednesday, December 30, 2009

dari port dickson ke monggolia karya terbaru zunar&catid

fr: harakah daily 31 dec
wahh..!! caya la rkyat malaysia skrg..
komik2 mcm ni mmg menarik dan brKESAN..
brula `pemimpin atas' sedar apa yg diorg bt, rkyat nilai..
DUHAI PEMIMPIN... INGTLAH YG ENGKAU SEDANG DIPERHATIKAN...
KAJANG, 31 Dis: Zunar serta beberapa kartunisnya sedang menghasilkan sebuah buku kartun baru bertajuk 'Dari Port Dickson ke Monggolia' dan dijangka berada di pasaran pertengahan Januari 2010.Produk baru mereka itu dihasilkan setelah dua produk sebelumnya, Gedung Kartun dan Perak Darul Kartun mendapat sambutan hebat dari masyarakat bukan sahaja di negara ini malah negara luar.
ianya brtujuan mengkritik pedas kebobrokan, salah-guna kuasa, rasuah penguasa dengan sepuluh muka surat pertama ditumpukan kepada isu 'rampasan kuasa' di Perak oleh kerajaan BN.

MAHASISWA LESU..! UBATNYA: pengucapan awam perlu dimantapkn!

Sudut pidato diwujudkan semula di universiti bg menggalakkn pengucapan awam(utusan 31 dec 09)
ana sngt menyokong usaha kerajaan untk mewujudkn semula sudut pidato memandangkan hak brsuara kita sbgai mahasiswa diambil dsbbkn AUKU..
tp, tp, tp, kenapa hujung tahun 2009 baru mula dipinda?
aduhai kerajaan...
mgkin e2lah sbbnya negara kita x brapa maju, pelajarnya LESU..!!!

KUALA LUMPUR 30 Dis. – Institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) dibenarkan mewujudkan semula sudut pidato khas bagi meningkatkan kemahiran pengucapan awam di kalangan mahasiswa.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, langkah itu bagi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan berhujah serta meningkatkan bakat pengucapan awam.
Katanya, kemahiran berucap perlu dikuasai oleh mahasiswa dan tidak terhad kepada kumpulan pelajar tertentu sahaja seperti pemidato universiti.
“Kebenaran itu akan menghidupkan budaya keilmuan dan intelektual di universiti selain melahirkan mahasiswa cemerlang bukan sahaja dari segi akademik semata-mata.
“Bagaimanapun, sudut pidato berkenaan perlu dilakukan secara beretika, berhemah dengan persetujuan daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti masing-masing, kita yakin ia tidak akan menimbulkan implikasi negatif,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Pertandingan Pidato Kemerdekaan antara IPT 2009 di sini hari ini.
Sudut pidato yang diharamkan berikutan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1975 sejak 34 tahun lalu dibenarkan semula di semua IPT dan IPTS selepas pindaan mengenainya diwartakan pada Februari tahun lalu.
Menurut Saifuddin, pindaan AUKU 1975 itu memberi lebih kebebasan bersuara kepada mahasiswa.
Jelasnya, mahasiswa dapat menggunakan platform tersebut untuk berhujah dan berbincang mengenai isu semasa secara lebih meluas termasuk melibatkan isu-isu politik tanah air.
“Kita berharap ia dapat meningkatkan kualiti lapan teras kokurikulum di universiti.
“Teras kokurikulum di universiti ada lapan, satu daripadanya adalah pengucapan
lanjutan dr berita yg lepas.........
TEMERLOH 24 Dis. – Kerajaan akan memperkasakan aktiviti kokurikulum di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta untuk melahirkan modal insan berkualiti.
kata Saifuddin, Kementerian Pengajian Tinggi bersedia menyemak semula peratus kokurikulum pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke IPT awam atau swasta.
‘‘Kita harap melalui peningkatan peratusan aktiviti kokurikulum, graduan berkualiti dapat dilahirkan bagi memenuhi keperluan majikan dalam semua sektor pekerjaan mengikut kelulusan masing-masing.
‘‘Kita akan berpandukan pada dua matlamat iaitu teras kokurikulum dan kemahiran insaniah,” jelasnya.
Bagi teras kokurikulum, katanya, terdapat lapan aktiviti asas yang ditekankan iaitu kebudayaan, sukan, kesungguhan, keusahawanan, inovasi, sukarelawan, kepimpinan, khidmat komuniti dan pengucapan awam.
‘‘Kemahiran insaniah pula bagi meningkatkan kemampuan dan kebolehan graduan untuk komunikasi, berfikir secara kritis, bekerja secara berpasukan, moral dan etika,'' katanya.

Tuesday, December 15, 2009


Sematkan azammu agar apa yg dilakukan adalah sentiasa yg TERBAIK!!!